Jumat, 17 April 2020

Percutian yang menyeramkan

Korang tengok tajuk pun dah macam hell yeah. Cerita dia bermula begini. Ketika aku masih di dalam latihan praktikal bersama PNB, family aku telah merancang untuk pergi bercuti di sebuah resort yang terkemuka di Malaysia yang resortnya terapung diatas air ( aku tak nak bagitau resort mana, nanti aku tutup periuk nasik dorang plak. Kesian anak bini dorang nak makan apa nanti). Disebabkan kesibukan aku ketika itu bersama PNB, aku tak dapat mengikuti konvoi bersama-sama, kerana mereka bertolak ke tempat kejadian pada hari Jumaat pagi. Ditambah pula dengan cuti yang tidak diluluskan oleh bos aku, aku terpaksa la bertolak pada sebelah malamnya seorang diri.

Suasana bermula cemerlang sepanjang perjalanan aku ke sana. Di temani dengan irama muzik dari band no 1 aku, Muse, hati ku bersorak kegirangan. Sesampainya aku ditempat kejadian, setelah aku check in bilik. Aku terus berjalan menuju ke ruang makan kerana kesemua ahli keluarga ku berada disana menjamu selera. Aku pun mula la menjamu selera. Aku melahap bagai nak gila, ini semua adalah kerana aku tak sempat lunch kat office tadi. Gara-gara Bro. Halim mengajak aku menemaninya mencari kasut futsal di area Ampang Park (opppssss..kantoi sudah tak pergi semayang Jumaat). Aku melahap bagai seekor musang yang lapar kan ayam. Bila bab hendak membayar, aku terkejut kerana jumlah bil yang ditunjukkan oleh waiters adalah berjumlah RM754.69. Apabila aku tengok balik, jumlah makanan yang aku makan adalah yang tertinggi. Padahal aku hanaya makan dua set burger, satu berger ayam dan satu lagi berger daging. Jumlah keseluruhan yang aku makan adalah RM127.79. "Shit!!" aku mencarut kecil. Tetapi disebabkan aku ni adalah seorang anak yang mulia, maka aku hulurkan 6 keping duit yang bernote RM50 kepada orang tua ku. At least, ringan sikit beban orang tua ku.

Apabila perutku sudah kenyang, dan jam telah menunjukkan hampir pukul 12. Aku pun segera ke bilik untuk mengambil handphone ku. Alah, korang pun biasa buat benda ni. Time untuk punchcard la bro!. Apa lagi? Kang merajuk pula teman wanita aku, yang ketika ini telah pun menjadi tunang aku. Aku segera mendail nombor tunang aku, dan memulakan bicara. Aku mengambil port yang baik untuk membicarakan kata-kata romantis iaitu didalam bilik air. Dah nama pun resort 5 star, bilik air dia mesti la dah tak macam bilik air kan? Aku rasa kalau korang nak tidur dalam tu pun selesa. Dengan hiasan yang menawan, bumbung yang boleh menembusi langit (kerana bumbung nya open air, kalau helikopter lalu time korang tengah mandi bogel. Confirm heli tu terhempas kat laut punya), suasana bagaikan terlalu indah semuanya. Tetapi sedang aku bergayut-gayut sambil memandag ke langit. Aku terperasan bagai kan sesuatu melintas di atas bilik air aku. Aku pun terus berkata "What the heck?!". Lalu terus teman wanita aku memarahi aku kerana mencarut ketika dia masih menbicarakan kata-kata romantis. Aku pun menjelaskan keadaan sebenarnya.

Dengan rasa tidak sedap hati, aku pun segera berjalan keluar dari bilik air tu, dan mencapai sekotak rokok berjenama Winston. Konon-kononnya lebih macho bercakap sambil menghisap rokok di luar. Aku terus keluar dari bilik dan menyatakan kepada adik-adik ku supaya jangan tido dulu. Kalau tak tido kat luar la jawabnya aku nanti. Adik-adik aku pun terus akur tanpa rela dengan arahan tersebut. Aku terus berbicara dengan teman wanita ku sambil menyalakan sebatang rokok dan terus jalan menuju ke arah yang aku sendiri tidak ketahui. Kelihatan seperti sebuah court tenis di depanku yang dikelilingi oleh pagar yang berwarna hijau. Keadaan agak gelap disitu. Sedang aku menghampiri court trsebut, aku terpandang sepasang mata bewarna merah yang melekap diatas sebuah kelapa dan bertenggek diatas pagar court tersebut. Aku terkejut. Tetapi aku cuba mengamati apa benda kah itu. YA...aku sudah pasti, itu bukanlah buah kelapa seperti apa yang aku fikirkan. Ia adalah makhluk yang tak pernah kita impikan untuk terserempak. Aku segera bepatah balik, dengan cara yang paling cool supaya tidak tanduk cuak aku tidak diperasan oleh orang sekeliling. Walaupun handfon aku masih lagi berada ditelinga aku, terapi satu haram jadah pun apa yang dibutirkan oleh teman wanita ku tidak langsung aku respon dan melekap di dalam otak ku. Sedang aku menyegerakan langkah aku, aku terasa benda itu telah terbang dan menghampiri ku. Aku tetap tidak mahu pandang kebelakang. Aku terus mempercepatkan langkah ku.

Tiba-tiba aku ternampak benda itu terbang dari belakang ku melintasi kepala ku dan terus menuju ke arah laut di mata aku mengadap. Memang jelas kelihatan sebiji kepala yang lengkap dengan rambut yang mengurai disertai oleh jantung yang berayun-ayut dibawah nya. Cargas aku berlari terus ke bilik ku dan mengetuk berkali-kali pintu bilik ku. Rupanya adik ku telah tertido dikala itu. Aku terus memerahi adik ku kerana tertido dan memberikan alasan kerana aku nak terberak untuk tidak menampakkan aku seperti menggelabah ternampak hantu. Kita kena nampak cool dalam apa jua situasi pun dalah perinsip ku. Dan kini aku tahu, benda yang aku nampak itu adalah makhlus halus yang kita panggil "Penanggal"!!!

Terus saja kisah ini tersebar di seluruh kalangan ahli keluarga ku. Dan keluarga ku, sampai kini tidak mahu pergi kesana kerana takut dengan situasi itu. Cinabeng!!! menyesal aku cerita kat makcik aku. Terus tak dapat lagi pergi kesana. Dahla resort tu antara resort yang paling best aku pernah pergi. RUGI BEB TAK PEGI!!!!