Seperti dijanjikan, saya kongsikan bersama pembaca lebih banyak gambar Villa Nabila. Gambar sebelum ini, klik di sini.
Tangga masih kelihatan teguh membawa kami ke tingkat satu villa.
Berikut antara gambar saya rekodkan dari tingkat satu.
"Mesti villa ini terlalu lama tinggal sebab pokok sudah tumbuh di dalam rumah," kata Azhar.
Saya dan Mazlan Jamaludin, 42 tahun kemudian bergerak ke bahagian dapur villa diekori Azhar dan Rohaizat.
"Datang sini, rasa seram kuat. Manalah tahu kita berpeluang merakamkan gambar menarik," dakwa Mazlan.
Rohaizat merekodkan banyak gambar menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus.
Berikut gambar di bahagian dapur.
Villa Nabila mencetuskan ketenangan ...
"Villa itu sebenarnya dijadikan oleh remaja rempit untuk bersembunyi sewaktu dikejar oleh polis trafik. Kalau mereka berhenti berhampiran rumah lain, pemilik rumah akan memberitahu pihak polis, mereka bukan kaum keluarga. Lebih menarik lagi, saya difahamkan, sebilangan remaja terbabit juga mengambil peluang mengadakan hubungan seks di villa itu kerana tidak ramai orang ke situ pada waktu malam. Selain daripada Villa Nabila, ada lagi sebuah rumah di kawasan sama. Semua barang tinggalan ditutup menggunakan kain putih," ujar sumber kami temui.
Barangkali dakwaan itu tidak diketahui ramai.